Koktail / Jus Minuman Produk DXN untuk Kanak-Kanak (Umur 6 tahun ke atas)

Adakah anda tahu apa yang anak anda telah makan ketika mereka tidak berada di rumah? Kanak-kanak suka makan makanan ringan yang tinggi gula, garam, bahan pengawet bahkan pewarna. Video ini menunjukkan cara membuat minuman untuk kanak-kanak bersekolah, yang bukan sahaja dapat memuaskan haus tetapi juga sihat dan berkhasiat. Ia dapat meningkatkan sistem imun untuk melindungi mereka daripada virus dan bakteria merbahaya.


Seperti yang anda telah baca dalam artikel sebelum ini, DXN Cordypine dan Morinzhi memainkan peranan penting dalam menyingkir pewarna daripada sel tubuh. Oleh itu kanak-kanak dapat kekal sihat dan memastikan keseimbangan pH dalam tubuh. Badan berasid akan membuat mereka berasa mengantuk dan tidak dapat menumpu perhatian di kelas. Ini adalah salah satu faktor utama mengapa sesetengah kanak-kanak gagal mencapai kecermerlangan di sekolah.

Serbuk GL DXN dicampur dengan minuman ini untuk merangsang paras oksigen dalam otak kanak-kanak. Ini membolehkan mereka tetap fokus semasa belajar sementara memperbaiki dengan cepat sel yang dirosakkan oleh bahan pengawet dan pewarna yang ditemui dalam makanan ringan yang dimakan.

DXN Fruzim adalah sejenis enzim buah-buahan yang difermentasi secara semula jadi daripada pic dan plum. Ini membantu mereka dalam pencernaan, terutamanya bagi kanak-kanak yang tidak suka sayuran hijau, buah-buahan dan sayur-sayuran. Enzim dapat membantu mengelakkan obesiti kanak-kanak.

Maka ibu bapa, yakinlah dengan minuman ini yang disediakan setiap hari, anak anda bukan sahaja dapat menikmati minuman yang sihat dan berkhasiat di sekolah, persekitaran tubuh mereka juga berubah menjadi zon bebas penyakit. Pencegahan penyakit degeneratif dan kanser harus bermula dengan pendidikan kesihatan pada zaman kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment